Sejarah Gardenia (bakeri)

Pada tahun 1969, seorang rakyat Amerika bernama Horatio Sye Slocum telah dihantar oleh Koperasi Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (International Executive Service Corporation) (IESC) ke Singapura bagi memulakan perniagaan bakeri. Slocumm yang sebelum ini tiba di Singapura, telah membawa 35 tahun pengalaman berniaga bakeri di beberapa rangkaian kedai roti bersamanya sewaktu menetap di Amerika Syarikat. Sejak dari itu tertubuhnya Gardenia.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd pertama kali mengadun bebuku roti pada tahun 1986, lapan tahun selepas penubuhannya di Singapura pada tahun 1978. Dalam hanya tempoh 4 tahun sahaja, Gardenia Bakeries (KL) menjadi pelopor pasaran roti terkemuka di Malaysia. Sejak beberapa tahun mutakhir ini, Gardenia telah berjaya mencipta dan memasarkan pelbagai produk bakeri berkualiti tinggi yang mendapat sambutan hebat berterusan dari rakyat Malaysia khususnya.